4
Nov/09
2
Home > LAMPP, Tutorial, Ubuntu, XAMPP > [tutorial] : Pasang LAMPP di Ubuntu

[tutorial] : Pasang LAMPP di Ubuntu

lampp1.     Kebetulan saya baru sahaja format kan Ubuntu saya ini – sbenarnya memang ade niat nak reformat semula dan menggunakan filesystem ext4-, dan saya memang tak melakukan backup untuk apa yang telah saya install sebelum ini.. Saya mahukan ianya kelihatan lebih segar dan agar saya sentiasa ingat bagaimana melakukan sesuatu pemasangan perisian di Linux…

2.     Jadi tutorial kali ini saya ingin memberi sedikit info kepada pembaca mengenai cara memasang LAMPP (xampp for linux)… Kepada mereka yang tidak mengetahui apa itu Xampp, ia merupakan satu tool dalam pembangunan laman web, yang mana ia membantu web designer dan programmer untuk test hasil kerja mereka pada komputer mereka sahaja tanpa access kepada internet -dikenali sebagai localhot- Secara umumnya Xampp ini telah dibekalkan dengan Apache Server dan MySQL.. Ianya digunakan dalam pembangunan menggunakan script PHP.

3.     Ok.. Mulakan tutorial sekarang… Kalian pembaca haruslah mendapatkan LAMPP ini dari laman web http://linux.softpedia.com/get/Internet/HTTP-WWW-/XAMPP-309.shtml. Folder yang anda download itu merupakan archieve .tar.gz… (seperti .zip)

4.     Perkara seterusnya yang anda perlu lakukan ialah extract kan folder tersebut. Kepada para pembaca, jangan gunakan apa-apa perisian untuk mengextrack kan folder tersebut. Gunakan command yang akan saya berikan..

tar xvfz <direktori folder anda> -C /opt

tetapi sebelum itu kalian jangan luper untuk mendaftar sebagai root ” sudo su “… ianya hanya akan dibenarkan kepada root user sahaja…

mendapatkan akses sebagai root

mendapatkan akses sebagai root

5.    masukkan command ini

tar xvfz <direktori folder anda> -C /opt

process extract file...

process extract file...

command tersebut telah meng-extract kan xampp anda ke folder /opt/lampp… anda boleh membuat kepastian dengan memasukkan command

gksudo nautilus /opt

access

anda akan diminta password sekali lagi untuk mengakses folder tersebut.. Anda boleh pergi secara manual melalui Places >> Computer >> Filesystem.. Tetapi ianya tidak membenarkan anda mengganggu file tersebut seperti paste, delete or edit…

6.     Kini sudah tiba kemuncaknya untuk anda pastikan sama ada process pemasangan anda berjaya atau tidak… Masukkan command ini di terminal anda…

/opt/lampp/lampp start

memulakan lampp

memulakan lampp

Jika anda menerima balasan

XAMPP: Starting Apache with SSL (abd PHP5)...
XAMPP: Stating MySQL...
XAMPP: Starting ProFTPD...
XAMPP for Linux started

ini bermakna pemasangan LAMPP anda telah pun berjaya… Tahniah!…

7.     Sekarang apa tunggu lagi? Buka browser anda dan browse ke http://localhost

lamppAnda telah berjaya memasang LAMPP!

8.     Sebagai penamat, ini dier sedikit printscreen XAMPP for Linux…

Related Posts with Thumbnails
Categories: LAMPP, Tutorial, Ubuntu, XAMPP Tags:
  1. sha
    November 5th, 2009   (Quote) at 07:34   (Quote) | #1

    hai owner..tq..for ur tutorial
    ni nak tnya mcamna nk copy file yg da buat dlm htdocs?xleh la paste?bole ajarkan..almaklum saya dak baru pakai linux semalam..hee…

  2. Sir Beyta
    November 5th, 2009   (Quote) at 08:52   (Quote) | #2

    itu kerana anda tidak mendapat access sebagai root… cara untuk anda paste kan kedalam htdocs adalah begini :

    pergi ke terminal masukkan comman ini :

    $ gksudo nautilus /opt/lampp

    masukkan password kemudian anda akan dapt mengakses sebagai root…

  1. No trackbacks yet.