August 18th, 2011

GEEK : #02 Muat naik (UPLOAD) website anda di 000WEBHOST.COM

Sambungan dari tutorial 1 : Sini

Jika sebelum ini kita telah melihat bagaimana untuk mendaftar di 000webhost dan kemudian kita telah melihat bagaimana untuk mendaftar domain pilihan kita di laman tersebut. Kali ini, kita akan melihat bagaimana untuk memuat naik fail laman web kita ke akaun 000webhost kita.

Muat Naik File Laman Web

1. Go to CPanel

2. Paparan CPanel anda

3. Pergi ke Panel Files dan klik File Manager. Kemudian anda akan diminta untuk memasukkan username dan password seperti yang telah di paparkan selepas anda mendaftar domain anda. Rujukan.

4. Setelah anda berjaya login ke ruangan FTP server melalui File Manager, anda akan mendapat paparan seperti dibawah. Jika anda melihat di dalam kotak merah ialah folder public_html. Segala fail laman web anda hendaklah dimasukkan kesitu.

5. Jika ini adalah pengguna baru… Di dalam folder public_html anda akan terdapat default.php seperti dibawah. Padamkan fail default.php tersebut.

6. Kemudian anda boleh klik butang Upload. Anda akan mendapat seperti paparan dibawah. Pilih fail yang ingin anda upload. Sebagai contoh saya memuat naik fail index.html.

7. Setelah anda selesai memuat naik fail anda kedalam folder public_html. Anda boleh kembali ke cpanel anda atau pun terus browse domain anda tadi.

Sekian untuk tutorial kali ini. Nantikan tutorial seterusnya kita akan melihat bagaimana memasang CMS WordPress pada hosting 000webhost.com ini… dan jangan lupa Like page BEYTA.net di Facebook.. Sokongan anda amat dihargai.. Terima kasih…

Categories: Geek Tags:

ANTARA YANG MENARIK



Geek : #01 Buat Website secara percuma dengan 000webhost.com


Download Tutorial #02 : Learn Python The Hard Way, 2nd Edition


[info] : Google Public Data Explorer


Geek WordPress #01 : Snap Shots website menggunakan shortcode
.

Apa pendapat anda?

Follow BEYTA.net di Twitter


16 queries. 0.877 seconds.
© 2011 BEYTA.network | Coders Republic - Certified by Microsoft as Profesional Developer
Beyta | Tajuzzaman bin Tajol Molok. MCPD. MCTS.